Hidup terasa sunyi yang teramat. Merindukan insan yang di cintai terlalu sukar. Tetapi aku tidak pernah merasa jemu, itu lah santapan hati ku setiap masa. Aku masih kuat untuk mengahadapinya, syukur. Namun sedang aku menghadapi situasi sebegitu, ada insan yang tetap setia bersama ku tidak kira aku berada jauh mahupun dekat dengannya iaitu ibuku. Seorang wanita yang terlalu menyayangi aku walau dalam keadaan apa sekalipun.
Ibu ku bagai dapat merasakan bahwa ankanya dalam kepiluan. Dia bertanyakan mengapa aku & suami sudah lama tidak berkunjung ke rumah. Namun aku memberikan bermacam-macam alasan. Aku tidak mahu mereka mengetahui masalah yang sedang aku hadapi. Aku tahu dia akan lebih risaukan aku setelah apa yang telah terjadi dalam rumah tangga ku sebelum itu. Hati ibu mana yang tidak risau akan anak sendiri? Tetapi dia dapat meneka yang aku sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Ibu telah mengambil keputusan untuk menemani aku di rumah buat sementara waktu kerana risau akan keselamatan aku yang tinggal seorang diri.
Saban hari aku di selubungi kerinduan yang aku sendiri tidak pasti bila akan berakhir. Penantian terus jadi penantian dan ianya cukup menyiksakan. Aku cuma meyakinkan hati walaupun kebenarannya menyakitkan. Aku masih mampu untuk tersenyum dan tertawa di sebalik kepedihan sebenar.

Tiba lah di satu petang, telefon bimbit ku berbunyi ,,, nombor telefon ibu mertua ku tertera di skrin telefon. Sengaja aku tidak menjawab panggilan itu. Kemudian aku menerima pesanan ringkas dan pesanan itu adalah daripada si dia meminta untuk aku menjawab panggilannya. Hati aku gembira bagai tidak terkata. Di hujung talian terdengar suara yang amat aku rindui, si dia cuba memujuk ku dan meminta aku untuk mendengar penjelasannya terlebih dahulu sebelum menghakiminya. Siapa lah aku untuk menghakiminya?, hati ku terlalu mudah untuk memaafkan setiap perbuatannya yang melukakan hati ku. Mungkin aku terlalu menyayanginya lebih dari diri aku sendiri. Begitu lemahnya aku kepada cintanya. Si dia berjanji akan pulang untuk menemui aku dalam masa yang terdekat.
Aku tidak sabar untuk menatap wajah kesayangan ku pada hari itu. Kepulangannya memang sudah lama aku nantikan. Tidak sabar rasanya untuk mendakapnya, terlalu lama aku di bendung kerinduan yg mendera perasaan. Belum sempat aku melangkah kan kaki menaiki anak tangga, tangan ku terasa di genggam. Aku cuba menoleh kebelakang si dia berdiri di hadapan aku saat itu, dia memeluk ku erat, mengucup dahi ku. Aku hanya membiarkan si dia di buai perasaannya sendiri. Aku merenungnya tajam, aku cuba mencari cinta dan kasihnya di setiap inci renungannya. Ternyata aku masih menemuinya. Kejujurannya mencintai aku masih terasa.
Entah mengapa, mahligai yang kami bina terlalu sukar untuk menikmati kebahagiaan, tidak layak kah aku dan si dia untuk merasakan kebahagiaan dari-Nya?
" Ya Allah ,,, beri lah kami kebahagiaan. Jangan lah Engkau biarkan kami terus menderita dalam meniti pentas- Mu ini dan jangan lah Engkau menguji di luar kemampuan kami ya Allah "
Mutiara jernih mulai membasahi pupi ku.
Hubungan kami tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Semakin lama si dia jarang sekali pulang untuk menemui aku, yang pada awalnya setiap hujung minggu bertukar kepada sebulan hanya sekali. Aku sememangnya tidak dapat menerima kehidupan seperti itu, perselisihan sering timbul antara kami. Permintaan ku untuk si dia kembali bekerja di Kota Kinabalu di tolak mentah mentah oleh keluarga si dia. Setiap keputusan dalam hidup si dia mulai di putuskan oleh keluarganya.
Aku hanya mampu bersabar dengan keputusan mereka. Aku tidak berani untuk bersuara menegakkan hak ku sebagai isterinya. Si dia juga bagai tidak mampu untuk menentukan hidupnya sendiri. Hidup ku semakin tertekan, ada suami bagaikan tidak bersuami. Setiap kali menghadiri majlis, seringkalai sahaja saudara mara bertanyakan tentangnya ,,, dan aku terpaksa mencari alasan.
" Adakah keluarga si dia telah merencanakan sesuatu untuk memisahkan kami ??? ,,, "(bersambung ,,, )

No comments:
Post a Comment