Hari demi hari... aku hanya membiarkan diri menanti si dia menghubungi ku semula. Aku hanya mengebalkan ego yang aku sendiri sebenarnya tidak punya kekuatan untuk keegoan itu. Saban hari aku mulai merasakan hati cukup letih menanggung perasaan yang cukup merobek jiwa. Tapi aku masih menggagahkan diri meneruskan kehidupan.
Sebulan sudah berlalu aku di tinggalkannya... sedang aku lalai melayari laman muka buku, tiba-tiba ku merasakan perut sakit, aku hanya menyangka sakit-sakit biasa yang selalu ku alami kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan. Segera aku berlari ke kamar mandi, aku dapati ada darah yang sedang mengalir dan maish hanya menyangka aku uzur. Tetapi mengikut kiraan aku tidak tepat pada waktu yang sepatutnya. Semalaman aku mengalami sakit perut. Malam itu agak berlainan sekali. Keesokan harinya aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Ternyata sangkaan aku meleset. Doktor mengesahkan aku mengalami keguguran tahap ke3. Aku tersentak bagai tidak percaya keputusan yang baru aku terima. Aku melangkahkan kaki ... tetapi langkah kaki ku kali itu terlalu lemah, tidak seperti selalu. Perasaan kecewa mulai mengelilingi hati aku.
Jauh sekali renungan ku... hanya satu wajah yang terus terbayang ketika itu. Aku tidak tahu harus bagaiman lagi untuk aku berteka teki dengan hati. Bagaimana untuk memujuk hati agar bersabar dengan dugaan-Nya. Aku bersendirian... bersendirian manghadapi dugaan-Nya tanpa si dia di sisi. Alangkah baiknya jika si dia ada bersama ku saat itu memberikan kekuatan untuk menerima ketentuan-Nya. Tapi itu terlalu mustahil... si dia telah pergi meninggalkan aku dan membiarkan aku menanggung sendiri keperitan hidup yang telah dia ciptakan untuk aku.
Tidak ada sesiapa yang menemani kesedihan aku kala itu, tangis ku hanya beralaskan pipi, perasaan aku hanya berbantalkan hati... jiwa aku ? jiwa ku nun jauh di sana... jauh di bawa olehnya meninggalkan jasad aku.
" Mampukah aku mengahadapi situasi ini tanpa si dia? dia yang aku harapkan memujuk hati ini... tapi bagaiman? " terlalu sukar untuk aku bentangkan perasaan saat itu. kami telah kehilangan bakal pelengkap hidup yang kami nantikan hampir 2tahun .

Dengan berbekalkan hati yang cekal, berdindingkan kesabaran... aku terus melakonkan 'watak' yang di amanahkan-Nya di 'pentas lakonan' ini. Aku perlu kuat untuk mempersembahkan jalan cerita-Nya yang telah di tuliskan-Nya untuk ku. Walaupun watak yang aku pikul ini terlalu berat, namun aku sentiasa mengingatkan diri masih ada watak watak yang lebih berat di luar sana berbanding watak ku.
Aku masih tidak menerima khabar berita dari si dia... si dia terus menyepikan diri. Sedangkan aku, menanti dan terus menanti... ( bersambung )

No comments:
Post a Comment