Wednesday, December 7, 2011

Keputusan di Luar Jangkaan ,,, (bahagian 18)

     Aku cuba bersandar ,,, ku cuba membetulkan kedudukan punggung ku, keletihan mulai terasa. Aku menggapai alat kawalan jauh television yang ada di hadapan ku. Mata betul betul merenung cerita yang sedang bersiaran. Tapi fikiran jauh melayang, terkenangkan peristiwa semalam. Betapa berdoasanya aku terhadap suami ku! mengapa aku perlakukan dia seperti itu? hati kecilku berkali-kali menyalahkan diri. Rasa bersalah menghantui diri. " Ya Allah ,,, ampuni lah dosa ku" hati kecil ku menyesali. Si dia sudah jauh dari pandangan ku, hanya rindu yang bertaut dari kejauhan.

       Sudah sebulan peritiwa itu berlalu. Kami melayari alam perkahwinan seperti sediakala. Hati berbunga-bunga kembali seolah-olah baru mendirikan rumah tangga. Almaklum lah hidup hanya berdua. Terasa bagai di ambang bulan madu. Setelah itu si dia mengkhabari aku, dia ingin meletakkan jawatan di tempatnya bekerja pada waktu itu dan berhasrat untuk berpindah ke salah satu perkampungan di daerah Kota Marudu iaitu Kampung Malubang atas permintaan keluarganya dengan alasan perkampungan itu akan dijadikan salah satu pusat penginapan, dan si dia akan mengambil kontrek sebagai wairing sepanjang pembikinan projek di sana. Hati aku mulai tidak keruan, bukan aku mahu berperangsangka buruk terhadap mereka, tetapi aku dapat merasakan mereka punya agenda tersendiri. Tetapi aku terpaksa akur bagi mengelak berlakunya pertengkaran sekali lagi.

      Tinggal lah aku sendirian mengharungi hari-hari ku tanpa si dia di sisi. Tetapi walaupun berjauhan dia tidak pernah lupa untuk menghubungi ku tiap hari. Terlalu sukar untuk aku nyatakan kepadanya sedalam mana cinta di dalam hati aku untuknya. Bak kata pepatah, tidak perlu lah kita mencintai seseorang itu setinggi langit mahupun sedalam lautan, tetapi cukup lah hanya mencintainya sebesar kuku. Walaupun selalu di potong, tetapi ianya sentiasa tumbuh. Kepada-Nya aku bersujud, mengadu dan meminta, semoga hubungan kami sentiasa di peihara-Nya.

       Kami tidak di uji setakat itu. Allah tidak pernah lupakan kami, Kami di uji-Nya sekali lagi. Aku dapat berita dari saudara si dia menyatakan bahwa si dia seringkali di datangi seorang wanita juga saudara merka hampir setiap petang, kononnya untuk bersembang. Tetapi aku bukan lah seorang wanita yang mudah mempercayai seseorang tanpa punyai bukti. Aku cuba meminta kepastian dari si dia, tetapi dia menafikan. Katanya dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik saudara dan tidak lebih dari itu. Tatapi hakikatnya tidak bagi wanita itu. Namun aku lebih percayakan si dia, kerana dia adalah suami ku. Aku hanya memekakkan telinga, bersabar selagi aku mampu. Sampai lah di satu saat aku tidak dapat bersabar lagi, apabila wanita itu menghantar pesanan ringkas kepada ku pada 3.45pagi, sebenarnya pesanan itu ditujukannya kepada si dia. Pesanan itu berbaur seolah olah dia dan suami ku menjalinkan hubungan cinta. Jantung ku berdegup kencang. Aku tidak terkata.

       Keesokan harinya aku segera menghubungi si dia. Si dia menafikan sekeras-kerasnya, katanya wanita itu gila. Sengaja mahu memporak porandakan rumah tangga kami. Aku tidak tahu sama ada si dia sengaja mahu mengaburi mata aku daripada perbuatannya Ataupun sebaliknya. Tetapi aku masih mahu mempercayainya.
Kami mulai bertengkar, alasan si dia masih tidak cukup untuk aku terima. Hati isteri mana yang tidak sakit apabila ada orang katiga yang cuba memusnahkan mahligai yang di bina. Pertengkaran demi pertengkaran, sehinggakan si dia tidak mahu lagi menjawab setiap kali aku menghubunginya. Kesabaran wanita ku semakin teruji, apabila wanita itu menghubungi aku dengan megatakan aku ini isteri yang bodoh, yang tidak tahu menjaga hati suami dan hanya mementingkan diri sendiri. Siapa dia untuk menilai aku sebegitu rupa?

"Ya Allah ,,, betapa aku sakit menerima ujian MU seberat ini "airmata ku menitis satu persatu.  Dalam hati berkata lagi, " mampu kah lagi aku untuk bertahan dengan dugaan-Mu ini ya Allah. Aku terlalu lemah untuk menghadapi ujian-Mu ini." aku lupa, yang sebenarnya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan setiap umat-Nya.
Akibat terlalu menuruti perasaan amarah, aku menghubungi bapa saudara wanita itu ,,, dan meminta mereka mengahwinkan anak saudaranya dengan suami ku. Aku telah membuat keputusan yang mustahil untuk isteri-isteri di luar sana lakukan. Dengan hati yang luka, kecewa, malah terkilan dengan apa yang berlaku ,,, airmata derasa mengalir membasahi pipi ku lagi, fikiran bercelaru, hati keletihan, malah jiwa aku bagai di robek. Aku tersandar di sebalik pintu dan hanya mampu menitiskan air mata (bersambung ,,, )



     

   

3 comments:

anne viey said...

penasaran beta...lanjutkan dengan secepat mungkin utk babak seterusnya k...x sbr...ati pun mulai geram dgn perangai gila pompuan tue ermpppp...atleast esok aku bersarapan kan babak seterusnya ok... :p

Ten Fantaghiro said...

aahahha . gilakk . lek luuu ,,, :p

anne viey said...

mana boleh leks2 nie ahaha