Akhirnya teka teki ku menemui jawapan, iaitu ibu mertua ku. Aku menegesyaki dia lah yang telah membebaskan suami ku. Aku terus menggapai telefon bimbit lalu menghubungi Azmer(bukan nama sebanar) iaitu adik ipar ku. Aku cuba meminta kepastian darinya. Rupa-rupanya Amer tidak tahu bahawa aku tidak mengetahui pembebasan abangnya pada hari itu. Katanya ibu mereka lah yang telah mengikat jamin si dia dan terus membawa si dia pulang ke kampung. Mereka seolah-olah melarikan suami ku. Langsung tidak masuk akal tindakan mereka. Aku cukup terkilan. Mengapa si dia langsung tidak memaklumkan aku?
Gambaran apakah yang perlu aku nyatakan mengenai sikap si dia?? Aku seperti bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Rasa apa lagi yang dapat aku huraikan saat itu? Aku tidak terkata.
Petang itu juga aku terus bergegas ke Kudat dengan menaiki kereta sewa khas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Aku sudah tidak peduli apa pun, aku sdh tidak mampu untuk berfikir secara waras. Hanya amarah yang sedang membakar jiwa ku saat itu. Mereka benar-benar menguji kesabaran aku. Mereka langsung tidak memikirkan tentang perasaan aku. Di dalam hati aku tekad, tekad untuk memilih perpisahan daripada terus di lukai.
Ada stengah jam lagi aku akan tiba di rumah ibu mertua ku. Hati ku mulai berkecamuk. Aku sebenarnya cukup kecewa dengan sikap si dia yang hanya mementingkan diri sendiri.
Aku tiba di tempat yang aku tuju. Syaitan mulai menguasai aku. Amarah semakin beraja di dalam diri. Si dia sudah sedia maklum dengan kedatangan ku pada petang itu. Tanpa berlengah, aku terus menaiki satu persatu anak tangga rumah itu dalam amar yang tidak terbendung lagi.
" oh ! di sini rupanya kau bersembunyi ?? hah ? di sini ? "
Aku terus meluru kehadapan si dia. Dengan ringan aku menghayunkan tangan, lalu singgah di pipinya. " klap !! "
Astaghfirullah alazim ,,, sedikit tersedar di hati aku dengan sikap kurang ajar sebentar tadi. Tapi syaitan tidak berputus asa menghasut ku. Ternyata keimanan ku memang belum cukup untuk membuat aku bersabar.
Si dia hanya membisu . Aku mulai mengalirkan airmata, sakit hati dan kecewa yang membuatkan aku tidak dapat bertahan. Perasaan semakin tidak terkawal.
Kedengaran suara ibu mertua ku dari dalam meminta si dia untuk masuk ke dalam dan jangan mengendahkan aku yang datang tidak diundang. Kejam sungguh ucapannya. Aku sedikit tersentak, si dia dengan lantang bersuara.
" bukan kah sudah aku katakan siang tadi, apa pun terjadi jangan masuk campur !!! "
Aku mulai yakin ,,, bahwa ibu mertua ku tidak ingin kami bertemu.
Aku terus meminta si dia melepaskan aku malam itu di saksikan ibunya sendiri, kerna aku tahu sememangnya itu kehendak mereka.
Bahu ku di goncangnya berkali-kali, meminta aku beristighfar. Tanpa di sedarinya dia menitiskan air mata. Aku tahu saat itu, kasihnya terbelah bagi antara aku dengan ibunya. Terlalu sukar apabila hati kita terpaksa terbahagi untuk dua orng insan yang cukup kita sayangi. Si dia memeluk ku erat. Meminta aku ersabar. Harus bagaimana lagi aku bersabar sekiranya si dia sudah tidak mampu berlaku adil untuk aku. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu sejauh mana aku kasihkannya. Perlu kah lagi aku terus bertahan?
Tiba-tiba, terdengar suara bapa mertua ku yang baru selesai mandi dengan hingar bingar yang berlaku di luar. Aku terus meminta si dia melepaskan aku, cukup sampai di situ hubungan kami. Si dia semakin tertekan dengan kehendak ku. Si dia memeluk ku erat, dan tidak mahukan perpisahan. Aku terus melepaskan pelukannya dan meluru kebawah untuk pulang ke Kota Kinabalu pada malam itu juga. Tetapi bapa mertua ku sempat menghalang dan meminta aku agar tidak pulang dalam keadaan seperti itu. Dia cuba memujuk ku ,,, aku tersentak apabila melihat air mata jatuh membasahi pipinya. Berdosanya aku membuatnya mengalirkan air mata kerana kebodohan kami anaknya. Si dia berusaha memujuk ku.
Akhirnya aku akur ,,, tetapi aku lebih selesa bermalam di rumah saudaraku yang tidak jau dari rumah ibu mertua ku.
Aku cuba menenangkan diri. Semalaman si dia berusaha membuat aku memahami keadaannya. Sebagai seorang isteri, sememangnya aku harus memahaminya, walaupn hakikatnya hati aku cukup tergores. Aku rela menyisihkan perasaan ku demi kasih ku padanya. Tidak kah si dia dapat melihat tekanan hebat yang aku hadapi selama itu? terlalu pilu untuk di rasakan.
Keesokan harinya aku terpaksa pulang ke Kota Kinabalu semula. Sebelum aku bertolak ,,, kami sempat bersarapan bersama. Itu lah kali pertama kami bersarapan bersama setelah sekian lama, semenjak rumah tangga kami bergolak. (bersambung)

2 comments:
ko kalau update jgn kasi tau bah... banyak aku termissed...
ahahah .
baca dr mula bhaa ngee . ikut urutan . baru laa kau tidak trmissed . ngee :p
Post a Comment