Friday, December 16, 2011

Hati Semakin Retak Jiwa Sengsara ,,, (bahagian 21)

Betapa hati aku girang apabila si dia memberitahu dia akan pulang ke Kota Kinabalu untuk jangka masa yg agak lama , kerana terlalu rindukan aku .
Di dalam hati ku mengharapkan kepulangannya kali ini adalah untuk selama lamanya dan tidak akan meninggalkan aku lagi sendirian . Sudah agak terlalu lama kami hidup berjauhan... berkilometer jauhnya perasaan terpaksa kami korbankan semata mata untuk memenuhi kemahuan keluarganya . Aku sdh terlalu banyak mengorbankan perasaan... walaupun sebenarnya perkara itu tidak aku relakan . Semuanya adalah kehendak mereka , tapi tidak aku . Aku terlalu mengharapkan pada saat itu si dia dapat membuat keputusan dengan sewaras warasnya sebagai seorang laki laki dan suami . Aku sudah tidak sanggup lagi untuk berjauhan darinya , aku inginkan hak aku sebagai seorang isteri .

        Aku membuka pintu sebaik saja sampai ke rumah , seperti yg di janjikannya si dia berdiri di hadapan dengan senyumannya yg teramat aku rindukan . Tidak ada yg paling bermakna pada hari itu selain daripada kehadirannya di sisi aku . Aku mendakapnya seolah olah tidak mahu melepaskannya... aku tahu dia juga terlalu rindukan aku . Tetapi , perasaan rindu itu laa juga terpaksa kami korbankan . Hari hari bersama kami , tidak kami sia siakan . Di setiap hujung minggu kami akan berkunjung ke rumah ibu ,,, makan malam bersama mereka . Seperti kebiasaannya si dia tidak suka untuk keluar membeli belah , berjalan jalan di taman seperti insan lain . Sebaliknya si dia lebih selesa menghabiskan masa bersama isteri tercintanya di rumah... si dia akan bermain guitar & menyanyikan lagu lagu kesukaan kami . Si dia sememangnya mempunyai suara yang lunak apabila menyanyikan lagu . Tidak hairan laa mengapa aku tidak jemu jemu mendengar sia dia mendendangkan lagu , malah ada kalanya aku seringkali meminta si dia menghiburkan aku dengan lagu lagu kesukaannya . Kerana bagi ku , setiap lagu kesukaannya akan menjadi kesukaan aku juga .

      Pada suatu masa , aku terfikir untuk meminjam telefon bimbit si dia tetapi si dia memberikan aku alasan kononnya battery lemah dan dia terlupa untuk membawa pengacas telefonnya . Tetapi sedangkan kami memiliki 2pengecas telefon bimbit untuk telefonnya . Aku dapat merasakan si dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku . Sudah hampir 2 minggu si dia berada di rumah , tetapi si dia langsung tidak memperdulikan telefon bimbitnya, dan aku tidak pernah melihat telefon itu berdering apatah lagi di hidupkan , telefon itu sentiasa di matikan . Hingga laa tiba di satu malam , setelah si dia terlena di buai malam... aku cuba menghidupkan telefon bimbitnya dan cuba mengecas telefon itu . Ternyata memang battery telefonnya lemah , namun aku tidak mematikan telefon itu semalaman .
Keesokan paginya si dia menerima pesanan suara daripada ibunya . Si dia memarahi aku karana menghidupkan telefon itu . Pelik mengapa hanya kerana aku menghidupkan telefon bimbit itu si dia memarahi aku ? bermacam macam persoalan mulai bermain di fikiran aku .
Selang beberapa hari selepas itu , si dia seringkali menerima panggilan telefon dari keluarganya di kampung dan setiap kali menerima panggilan telefon juga laa si dia akan cepat naik angin . Ada saja yg tidak kena dengan aku , setiap perkara yangg aku cuba bentangkan juga akn membuat si dia berang . Aku seolah olah tidak berhak bertanya apa sekalipun . Perkara itu berlarutan sehinnga sebulan lebih...
Si dia juga langsung tidak keluar rumah untuk mencari kerja . Aku semakin hairan dengan sikapnya yang semakin hari semakin berubah seiring dengan sikap panas barannya .

      Tiba di satu petang , aku sudah tidak tahan dengan sikapnya yang sering menyakitkan hati aku setiap kali menerima panggilan telefon dari ibunya terutama . Aku bertanyakan kepadanya , bila si dia akan keluar untuk mencari kerja yang lain . Ternyata soalan aku hanya di balas dengan perkataan "entah" . Pertengkaran demi pertengkaran berlanjutan setiap hari... aku sudah semakin tidak tahan dengan sikapnya .
Si dia cuba memujuk aku yang hanya mendiamkan diri dan tidak banyak untuk bercakap apatah lagi bercerita seperti kebiasaannya . Si dia dapat melihat perubahan aku setiap hari . Hati isteri mana yang tidak mudah di pujuk apabila di pujuk oleh si suami . Aku akur dengan kemaafan yang di pohonnya daripada aku setiapkali si dia melakukan kesilapan...
Pagi ahad itu aku kena bekerja... seperti kebiasaannya aku akan memohon restunya sebelum keluar untuk bekerja . Si dia menghantar aku untuk menaiki bas awam untuk sampai ke tempat kerja .
Setibanya di tempat kerja aku melabuhkan punggung di kerusi kayu ku . Aku cuba mencapai tetikus komputer untuk membuka laman muka buku aku . Aku menerima pesanan daripada adik perempuan si dia bertanyakan mengapa telefon bimbit si dia tidak dapat di hubungi dan ada hal penting yang ingin di sampaikannya? aku sedikit hairan sedangkan setahu aku telefon itu sentiasa di hidupkan semenjak dari malam itu . Aku cuba menghubungi si dia dan meminta si dia menghubungi semula adik perempuannya yang berda di kampung , kerana aku risau kalau kalau ada hal yang mustahak .
Selang 20minit selepas itu... aku cuba menghubungi si dia semula , untuk bertanyakan hal yang mustahak itu . Tetapi sebaliknya si dia tidak mahu memberitahu aku . Alasannya tidak ada apa apa yang mustahak , si dia hanya bercakap dengan ibunya . Aku semakin menduga yg si dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada akau . Kami mulai bertengkar. Si dia semakin berang , akhirnya si dia memutuskan talian dan aku gagal untuk menghubunginya semula . Sepanjang hari aku tidak henti henti cuba menghubungi telefon bimbitnya... tidak cukup menghubungi , aku cuba menghantar berpuluh puluh pesanan kepadanya namun semuanya dalam 'sedang menuggu' hingga lah ke petang... (bersambung ,,, )

       

2 comments:

Unknown said...

bila aku baca ini episod..aku teringat pada artikel d surat kabar yg aku baca pagi tadi "tajuk dia - kadar penceraian semakin meningkat"... kemudian aku juga teringat pada kata kata Prof.Hamka katanya,.'Gerbang penghidupan itu indah kelihatan dari luar.tetapi setelah di masuki kedalam.kenyataan bahawa dia pahit semata mata.',.,.,

Ten Fantaghiro said...

waahhh . aku suka ayat prof.Hamka kau tu . betul jg apa yg dia ckp tu ,,, apa yg kita nampak tidak seperti yg berlaku sbnrnya :))