Tiba sahaja di rumah ibu saudara ku, dengan perasaan yang hampa ... aku melabuhkan punggung di atas sofa yang sudah agak lusuh. Aku hanya mendiamkan diri , ku pandang atap rumah itu, ku renung satu persatu paku yang kelihatan, aku cuba membayangkan bunyi hentakan tukul menukul paku itu, ku rasakan seakan-akan menghentak hati ku. Pedih yang tidak terkata.
Ibu saudara ku menghampiri aku. Dengan nada sayu dia cuba memujuk.
" kalau jodoh tidak akan kemana, dan kalau sudah itu ketentuan-Nya , kau kena pasrah ataupun redha. Masih ramai lelaki di luar sana yang lebih baik darinya " .
Aku cuba menerima nasihat itu walaupun hakikatnya sukar untuk aku terima. Cinta itu terlalu luar biasa kekuatannya. Kita tidak akan mampu untuk menghuraikannya satu persatu . Tapi hanya dapat merasakannya. Itu lah CINTA .
Sedang aku cuba memujuk hati dan bertekad untuk pulang ke Kota Kinabalu keesokan harinya , belum sempat aku mengesotkan punggung ... kedengaran suara yang biasa terdengar di gegendang telinga ku memanggil nama ku. Perbualan kami terhenti. Segera ibu saudara ku menjenguk ke luar, dan sangkaan ku tidak meleset itu suara si dia. Ibu saudara ku menjemputnya masuk, namun si dia menolak dengan baik. Katanya ingin membawa ku pulang ke Kota Kinabalu malam itu juga.
Pada malam itu juga lah aku di bawanya bergegas pulang ke Kota Kinabalu. Tapi perjalanan kami bukan semudah itu. Bukan sahaja hujan renyai-renya tetapi banjir besar berlaku sebelum menuju ke Pitas Kota Marudu. Banjir itu kira-kira mencecah ke pinggang si dia. Si dia terpakasa mendukung aku untuk sampai ke penghujung banjir. Nasib masih menyebelahi kami malam itu, kami dapat berteduh di sebuah gerai yang tidak terlalu usang. Akibat terlalu letih, si dia hanya membiarkan aku terlena di atas ribanya. Tetapi dia terpaksa bersengkang mata semalaman hanya untuk menjaga aku yang sudah terlena akibat keletihan.
Seawal pukul5.30 pagi kami dengan segera meninggalkan tempat itu dan bergegas mencari teksi untuk sampai ke Pekan. Dalam perjalanan pulang, risau, takut, dan bermacam macam perasaan yang kami rasakan. Si dia menggenggam erat jari-jemari ku ... sambil melemparkan senyuman. Aku tahu si dia risau untuk berdepan dagan situasi yang bakal kami hadapi setibanya nanti di Kota Kinabalu. Si dia sempat berbisik di telinga ku "hubby sayangkan syg sangat sangat" . Aku hanya tersenyum. Aku terlena dalam perjalanan ... (bersambung)

2 comments:
kasi cepat updatenya itu BERSAMBUNG ! hehehe...
bersabar kau syg ,,, kena tunggu mood kembalinya imaginasi dulu weeyy . ingt senang senang kah . mau penuh dgn perasaan juga ni menulis . ahahah
Post a Comment