Wednesday, November 30, 2011

Berusaha Menguatkan Semangat ,,, (bahagian 16)

     Terasa diri ketika itu terlalu letih, letih melawan perasaan. Letih berhadapan dengan dugaan yang di berikan-Nya. Ku melabuhkan tubuh di tilam empuk. Aku termenung jauh , mengenangkan peristiwa siang tadi. Fikiran ku mula berkecamuk, bagai di serang sarang tebuan . Aku mula memikirkan bagaimana aku hendak berhadapan dengan keluarga ku setelah apa yang telah berlaku. Aku bimbang akan pandangan mereka nanti setelah mengetahui suami anak mereka terlibat dengan Dadah. Di mana akan aku letakkan air muka ini. Bukan aku tidak memelihara , bukan aku tidak memperdulikan maruah rumah tangga ku, tetapi ,,,, apakan daya aku untuk melawan ketentuan-NYA?? Tidak ada seorang pun yang akan mampu memahami perasaan ku saat itu. Aku masih termenung ,,, air mata mula bergenang di kelopak mata lalu membasahi pipi . Sebak. Hati isteri mana yang tidak retak apabila suami yang di percayai, yang disayangi spenuh hati selama ini sanggup mengkhianati kepercayaan itu? sanggup mencalarkan maruah rumah tangganya sendiri.

     Keesokan harinya, aku mengambil keputusan untuk berada di rumah sehari suntuk. Kakak ku Faridah(bukan nama sebenar) menghubungi ku pagi itu. Aku sedikit terkejut bagaimana dia mengetahui perkara yang cuba aku sembunyikan dari mereka. Dia meminta aku untuk tinggal bersama ibu ku, sementara ketiadaan si dia, kerana bimbangkan keselamatan ku sendirian di rumah. Dalam masa yang sama aku sebenarnya runsing untuk berhadapan dgn mereka.

     Setelah beberapa hari berlalu ,,, cukup 3hari penahanan si dia di lokap polis. Aku sebenarnya tidak pernah tahu mengenai prosedur tempoh penahanan reman setiap pesalah. Tengah hari itu aku bercadang untuk melawat si dia. Dan tibanya aku di sana, aku tidak di benarkan untuk melawat, kerana si dia telah pun menerima lawatan dari seseorang. Aku sedikit terkilan, aku cuba meminta nama pelawat tersebut. Nama melawat itu adalah ibu mertua ku. Mengapa aku tidak di bawanya bersama? persoalan mula timbul di benak ku. Lagi mengejutkan aku, anggota polis yang bertugas ketika itu memaklumkan bahwa si dia telah pun di jatuhkan hukuman. Bagai di robek hati ku ketika itu, namun aku harus menerima dugaan-Nya walau dalam bentuk apa sekalipun. Aku perlu pasrah dan redha.

    Aku segera bergegas di mana si dia telah di tempatkan. Tetapi salah seorang anggota polis yang sedang bertugas di situ memaklumkan aku bahawa nama suami ku tidak terdapat dalam senarai rekod pesalah mereka. Salah seorang daripada mereka meminta aku untuk memeriksa rekod di mahkamah pula untuk memastikan bahawa si dia telah pun di jatuhkan hukuman ataupun telah di bebaskan dengan ikatan jamin(wang).
Aku masih cuba berteka teki sendirian, andai benar si dia telah di bebaskan, mengapa dia tidak menghubungi ku? siapa kah yang telah membantunya untuk di bebaskan?? ,,, (bersambung)

4 comments:

Unknown said...

mama nya mangkali (aku teka saja)..

Ten Fantaghiro said...

Dalsa : ahhaha . kita tngk jak laa sambungannya nnti geng :))

anne viey said...

boleh kah kalu ko buat trus sambungnnya...ko kan selalu bikin aku jadi penasaran nie...huhuhuhu

Ten Fantaghiro said...

Anne : haaaa itu baru laa namanya 1 debaran . kau kena sabar weeyy . ahahha .;p