Thursday, July 21, 2011

Mencuba Memberanikan Diri untuk Berhadapan ,,,(bahagian 11)

Petang itu aku sudah tidak keruan , aku mesti menemuinya. Aku ingin kembali ke Kota Kinabalu , kerana aku tidak sanggup lagi bertahan berada di tempat orang. Petang itu lah juga aku memberanikan diri untuk menemuinya di rumah tunangnya yang terletak tidak jauh dari rumah ibu saudaraku. Yang memisahkan rumah mereka hanya laa sebatang sungai .
Aku melangkah menuju kehadapan rumah itu, aku memberi salam namun salam ku langsung tidak berjawab. Sebaliknya salam ku sebenarnya di jawab dengan pekikan pertanyaan seorang wanita tua yang dalam lingkungan usia 40an. Dengan nada kasar dia bertanya aku mencari siapa ke rumahnya(walaupun sebenarnya dia tahu siapa yang ingin aku temui). Aku mencuba untuk bersabar, aku meyakinkan diri ku bahwa aku berada di tempat yang benar . Wanita tua itu terus mengajukan soalan bertubi-tubi ke kepada ku, seperti tidak berpuas hati dengan kedatangan ku yang tidak di undang. Setiap soalannya diiringi dengan kata-kata kesat. Tidak lama kemudian anak gadisnya , tunang kepadasi dia datang menghampiri ku ,,, dia juga sama seperti ibunya yang kelihatan sememangnya tidak menjangka kedatangan ku ke sana.
Gadis itu menyoal aku bertubi-tubi seperti ibunya. Dia menghina aku dengan mengatakan aku sedang hamil dan di sebabkan kehamilan ku itu lah juga mendesak aku datang ke sana untuk mencari si lelaki yang telah memperbodohkan kami berdua. Tapi aku menepis sekeras-kerasnya tuduhan itu. Sememangnya tidak benar sama sekali. Hanya Tuhan saja yang mengerti perasaan ku saat di hina seperti itu. Namun aku masih mampu bersabar.
Tidak lama kemudian si dia datang dengan menaiki sebuah bot entah dari mana. Dia tidak perasankan kehadiran ku di rumah itu. Setelah si dia turun dari bot yang dinaikinya ,,, baru lah dia perasan akan aku di situ. Tanpa mengendahkan kehadiran tunangnya, dia terus menghampiri aku dan memastikan aku tidak di apa-apakan. Perasaan aku makin terasa sedih & pedih saat dia menghampiri ku. Si dia begitu mengambil berat akan aku. Aku masih merasakan cinta&sayangnya terhadap aku walaupun sedang berada dalam keaadaan setegang itu. Perasaan aku tersentak saat ibu kepada gadis tunangannya itu memekik memanggil kami untuk naik keatas dan ingin mengetahui apa yang sedaang berlaku antara kami.
Keadaan semakin tegang apabila si dia mengakui hubungan kami. Sikapnya yang tidak memperdulikan perasaan orang-orang yang berada di sekeliling membuatkan bapa saudara kepada Kamila naik berang. Si dia hanya meminta aku berdiam, dan membiarkan dia menjawab segala soalan mereka. Ternyata si dia begitu serius dengan hubungan kami hingga sanggup melukakan hati Kamila di hadapan ku. Aku cukup faham keadaan Kamila saat itu, hati wanita mana yang tidak berkecai apabila tunangannya mengakui punya hubunagn cinta bersama wanita lain, apatah lagi menipunya selama ini. Aaku tidak menyalahkan Kamila sama sekali, malah aku juga turut merasa tertipu oleh si dia. Entah mengapa si dia sanggup memperlakukan aku mahupun Kamila seperti itu. Hati kami bukan lah sekaping kertas yang hanya boleh di conteng dan di padam semula. Pertengkaran Kamila dengan si dia semakin tegang.
Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya makin keruh, aku beredar pulang. Aku tahu aku tidak sepatutnya berada di situ. Keputusan aku untuk berada di situ sememangnya salah. Aku langkahkan kaki ku pulang ke rumah ibu saudara ku dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang , hati ku begitu sebak sehinggakan aku tidak menyedari kehadiran kaca-kaca jernih jatuh ke pipi. Aku hanya memujuk hati untuk pasrahkan segalanya andai itu sudah ketentuan-Nya ,,,, (bersambung)

No comments: