Monday, June 27, 2011

terB0NGKAR juga akhirnya ,,, (bahagian 10)

Hari demi hari terus di hantui rasa rindu, rasa sakit, rasa terkilan. Betapa hati merasa terlalu di sakiti. Namun yang menyakitinya bukan lah hati yang lain , tetapi hati yang hampir dengannya, yang lekat dengan nya . Itu lah cinta hatinya . Andai di tanya perasaan aku ketika itu , aku sendiri tidak mampu untuk membayangkannya semula. cukup lah hanya setakat itu.

Aku tekad untuk mengetahui di mana keberadaan si dia yang sebenarnya. Aku cuba meminta saudaranya membantu ku mencari di mana si dia berada. Akhirnya aku dapat tahu si dia berada di perkampungan tunangannya. Aku memberanikan diri ke sana untuk mengetahui apa yang sedang berlaku & cerita apa kah yang si dia cuba persembahkan untuk k . Dengan harapan aku dapat bertemunya di sana. Aku mengumpulkan segala kekuatan kudrat yang aku ada untuk menerima apa pun yang bakal terjadi.

Setibanya di sana, keadaan yang hujan renyai-renyai tanpa henti, banjir di persekitaran kampung Pitas ,,, langsung tidak menghentikan langkah aku untuk bertemu dengannya. Berani kerana aku berada di pihak yg benar, walaupun aku menyedari tindakan ku itu adalah salah.
Kami menaiki sampan untuk menyeberangi banjir. Kami mendapat berita daripada seorang nelayan di situ bahawa si dia sememangnya berada di kampung itu. Hati aku semakin luluh ,,, bagaimana lagi harus aku katakan ?? Namun aku tidak dapat bertemunya pada hari itu, kerana si dia pergi ke laut bersama bapa kepada tunangnya itu beberapa hari yang lalu. Kami terpaksa menuggu sehingga lah dia pulang dari laut.

Kami terpaksa menumpang bermalam di kapal salah seorang nelayan yang juga singgah di perkampungan itu. syukur ketika itu, kebetulan pakcik itu tidak ke laut selama 2hari kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Bayangkan lah aku cuma datang dengan sehelai sepinggang. Boy datang menghampiri aku, cuba memberikan aku semangat, katanya walau apa pun yang terjadi aku kena redha & pulang semula ke Kota Kinabalu dengan harapan baru dalam hidup. Aku hanya mampu menganggukkannya ,,, aku langsung tidak banyak bercakap. Sukar untuk aku nyatakan keadaan aku ketikan itu.
Rupanya aku punya seorang ibu saudara berada tinggal di kampung tu, isteri kepada arwah bapa saudara ku. Syukur lah kami tidak perlu untuk bermalam lagi di kapal pakcik nelayan itu.
Sedang aku asyik bercerita dengan ibu saudara ku, Boy & Jamal meminta izin untuk pulang ke Kota Kinabalu, kata mereka aku akan lebih selamat bersama ibu saudara ku. Sebelum mereka bertolak Boy sempat meminta aku merahsiakan dari pengetahuan si dia siapa yang menemani aku ke kampung itu. Kerna dia cukup kenal sikap si dia bagaimana. Meraka pun terus berlalu meninggalkan aku dalam hujan renyai-renyai itu. 

Aku membersihkan diri. Aku sempat solat zuhur menenangkan keadaan ku yang langsung tidak keruan itu. Andai di ulangi lagi saat itu, aku menolak sekeras-kerasnya untuk tidak merasakannya lagi. Terlalu perit !!! Aku terlelap seketika setelah selesai solat ,,, kemudian aku di kejutkan oleh ibu saudara ku memberitahu si dia sudah kembali dari laut bersama bapa mertuanya. Aku bingkas bangun, hampir aku berlari untuk bertemu dengannya. Perasaan aku ketika itu hanya ingin bertemu dengannya, banyak soalan aku yang perlu di jawabnya. Tapi ibu saudaraku sempat menyentap aku ,,, katanya biar saja si dia yg datang ke rumah itu untuk menemui aku. Dan ibu saudara ku mengarahkan anak lelakinya untuk bertemu dengan si dia menyatakan bahwa aku ada di sana ingin bertemu dengannya. Hati aku makin berdebar debar ,,, tidak dapat lagi bersabar untuk bertemu dgn si dia. Namun hingga ke petang, semuanya hampa ! Si dia langsung tidak datang menemui aku. Adakah si dia tidak mahu untuk menemui ku?? ,,,(bersambudng)

No comments: