Tuesday, June 14, 2011

Rasa TERTIPU sekali lagi ,,, (bahagian 9)

Walaupun dalam keadaan sebegitu, hubungan kami terus berkias seindah pelangi ,,, aku bagaikan lupa akan status si dia . Bagi ku ketika itu, "aku peduli apa ?? yang penting dia ada di depan mata ku, yang penting dia cintakan aku, kasih kan aku. Walau apa pun yang menghalang, selagi masih ada perasaan kasih antara kami tidak ada yang boleh memisahkan kami. "
Begitu teguh&utuhnya cinta kami. Sayang yang di berikannya pada ku tidak mampu untuk aku huraikan dengan kata kata, hanya hati & perasaan dapat menghuraikan segalanya ,,, . Hidup ku hanya bertemankan kasih&cintanya, tidak dapat aku pertikaikannya lagi. Tidak ada yang indah selain dari mencintainya. Tidak ada yang membahagiakan aku selain dari cintanya .


 Tetapi si dia melukai hati ku sekali lagi, entah yang keberapa kali! sedang aku bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja, aku menerima pesanan darinya ingin berjumpa pagi itu. Katanya ada hal ingin di beritahunya. Aku berjumpa dengannya di tempat yang telah kami janjikan . Dia meemberitau ku ingin pulang ke kampung dengan alasan untuk mengambil sijil-sijil nya , kerna di minggu akan datang dia punya temuduga dan akan pulang pada hari yang sama. Lagi pun perjalanan ke kampungnya hanya mengambil masa 2jam setengah. Si dia sempat mengucup dahi ku sebelum berlalu.

Sudah seminggu si dia tidak menghubungi ku. Aku cuba menghubunginya, namun gagal. Aku mulai merasakan ada sesuatu yang tidak ken. Kebetulan pada hari yang sama, Boy & Jamil (sepupu kepada si dia) datang menemui aku bertanyakan tentang nya. Aku cuba nyatakan yang si dia sudah seminggu tidak menghubungi ku, dan aku juga tidak dapat menguhubunginya. Sememangnya agak janggal jawapan yang aku berikan itu.


Hari demi hari, aku terus mencuba & mencuba untuk menghubunginya ,,, namun tetap gagal. Aku tidak tahu berbuat apa lagi. Setiap hari aku mengharapkan setiap deringan telefon adalah panggilan darinya, harapan aku terus jadi harapan kosong. Hati aku mulai gelisah , perasaanku berkecamuk, sakit hati juga ada, kerna di perlakukan sedemikian, bermacam-macam sangkaan di kepala otak ku ketika itu. Harus bagaimana lagi untuk aku terus menerima perbuatan demi perbuatannya???!!! Hati aku sudah terlalu lemah menahan kesakitan yang sering di 'hadiahinya' untuk ku ,,, itu laa yang di katakan kekuatan cinta, ia merangkumi pelbagai rasa. Namun kita masih mampu & ingin terus bertahan kerana cinta ,,,, (bersambung)

No comments: