Sunday, May 8, 2011

Sekembalinya KEpANGkuan (bahagian 7)

Penantian ku akhirnya tidak sia-sia , si dia datang menemui ku. Aku mempersiapkan diri berhadapan dengannya, aku cuba memujuk hati yang luka kerna di perlakukan sedemikian.
Aku bertemu Sham sahabatnya. Aku cuba meluahkan sakitnya di hati aku, Sham cuba menyakinkan aku bahwa si dia sememangnya juga di paksa untuk bersetuju dengan pilihan keluarganya . Sham cuba sedaya untuk meyakinkan aku, namun terlalu sukar untuk aku menerima alasan sebegitu. Sedang aku asyik melahirkan rasa kekecewaan kepada Sham ,,, si dia muncul di hadapan pintu dalam keadaan lesu. Aku cuba menahan perasaan rinduku ketika itu. Andai aku ikutkan saja perasaan saat itu ,,, ingin saja aku mendakapnya. Betapa aku terlalu merinduinya . Si dia mengatur langkahnya menuju kepadaku ,,, Sham hanya mampu meminta kami untuk berbincang sebaik yang mungkin. Sham berlalu menuju ke bilik tidurnya & meninggalkn kami di ruang tamu. Aku hanya mendiamkan diri , keadaan ketika itu cukup hening. Si dia juga berdiam diri , mungkin dia sedang mengatur tutur bicara bagi membohongi ku untuk kesekian kalinya .

Si dia merenungku dengan harapan aku mengungkapkan sesuatu kepadanya. Akhirnya aku tidak tertahan lagi utk menahan persoalan yang bermain dalam kepalaku saat itu . Air mata mulai bergenang di kelopak mataku . Aku beranikan diri utk bersuara .
" kau pegi mana ?? kenapa kau tinggalkan aku macam tu saja ?? kenapa kau buat mcm ni ? "
aku tidak mampu lagi untuk menahan air mata. Si dia mengusap air mata ku, mungkin dia tidak sanggup melihat air mata ku berguguran kerananya.
Si dia bersuara " aku minta maaf ,,, bukan aku sengaja buat mcm ni . Aku tersepit . Ini semua keputusan org tua ku . Aku bingung "
Insan aku cintai sepenuh hati kini telah jadi tunangan orang & bakal menjadi milik orang lain. Airmata terus berguguran. Si dia mendakap ku dengan erat sambil mengucup dahiku. Tangisan ku sedikit malap kedengaran. Walaupun aku merasakan bagai kehilanagn separuh hatiku ,,, sedikit redah kelukaan yang aku rasakan dalam pelukannya. Aku terlalu takut untuk kehilangannya.
Kelelakiannya tersentuh jua akhirnya, air matanya menitis... mungkin kerana kekesalannya tidak mampu untuk menepis kemahuan orang tuanya.
" aku betul-betul minta maaf " hanya itu sahaja ungkapan yang lahir dari bibirnya berulang kali, menyesali kelemahannya untuk akur dengan orang tuanya, walaupun sebenarnya keputusan itu membunuh cintanya sendiri. (bersambung)

No comments: