Si dia mahukan kami terus meneruskan perhubungan cinta. Dia tidak sanggup untuk berpisah. Bersungguh-sungguh si dia meyakinkan aku bahwa cintanya hanya untuk ku.
Hari demi hari tembok tinggi terbina sekeliling cinta & kasih antara kami. Tiada yang dapat menembusi tembok itu. Si dia menatangku bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan ku di penuhinya tanpa sebarang keluhan. Dan jangan tanya aku mengapa aku begitu menyayanginya sepenuh jiwa & ragaku. Sikapnya yang sabar dalam keadaan apa sekalipun membuatkan aku begitu mencintainya. Namun jauh di sudut hati ku sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu. Aku tidak tahu sampai bila si dia akan terus menjalinkan hubungan dengan dua wanita dalam masa yang sama.
Entah mengapa aku mulai bosan dengan sikapnya yang selalu ingin dekat denganku saban hari. Si dia mulai perasan dengan perubahan sikap ku. Aku hanya memberi alasan kesibukan yang melanda ku, syukur dia dapat memahami. Namun aku tidak sedar ketika itu, sikap ku benar-benar membuatnya kecewa, dalam masa yang sama aku tidak menyedari kedinginan ku juga bagai membiarkannya hanyut dalam cinta Kamila.
Aku tidak menyedari ,,, sebenarnya si dia mulai menjalin kasih bersama Kamila. Sikapnya yang suka menghilangkan diri apabila berlaku pertengkaran antara kami membuatkan aku bingung seorang diri. Sikapnya yang suka melarikan diri daripada masalah juga yang kurang aku senangi. Tapi aku masih mahu meneruskan hubungan bersamanya, walaupu aku menyedari sikapnya begitu.(bersambung)
No comments:
Post a Comment