Wednesday, May 4, 2011

PerTUNANAGAN yang Di RANCANGkan (bahagian 6)

Aku dan si dia tetap tekad utk meneruskan percintaan, walau siapa pun yang cuba menghalang. Aku tidak sanggup untuk kehilangan si dia. Segala kasih dan sayangku tidak mampu lagi aku rungakaikan satu persatu, hanya hati yang mampu untuk merasakan getar cintanya... cintanya terlalu indah untuk aku gambarkan kepada sesiapa saja .Akhirnya aku telah mengetahui sebab sebenar mengapa keluarga si dia dengan tiba-tiba menghalang cinta kami. Rupa-rupanya mereka mempunyai pilihan sendiri untuk anak teruna mereka. Betapa hati aku tersentak saat menerima berita itu. Sakitnya , pedihnya , lukanya hati, cuma aku yang merasakannya...

Kepedihan hati saat itu, aku pendamkan sendirian. Tiada siapa pun yang mengetahui apa yang bergolak dalam hubungan kami. Si dia terlalu bijak memainkan peranannya... di mana dia berpura-pura tidak mengetahui perkara yang telah di rancang oleh keluarganya. Sebenarnya aku tahu dia cuma berpura-pura, tapi aku masih memaksa diri untuk percaya... aku menyiksa diri! terlalu menyiksa dengan membiarkan kepercayaan ku itu memakan diri aku sendiri. Bayangkan lah... aku hanya mempercayai sahaja setiapa apa yang cuba di jelaskannya mengenai rancanagan keluarganya. Semua alasan yang di berikannya sungguh melukakan hati ku.

31 MAY 200? di mana tarikh pertunangan mereka telah di tetapkan!
Sebelum majlis mereka berlangsung aku telah pun di maklumkan oleh saudara ku Noor (bukan nama sebenar). Aku cuba menghubungi si dia... meminta penjelasan , aku menerima jawaban yang sama.
Keluarganya memilih Kamilah(bukan nama sebenar) tanpa persetujuannya. Aku hanya menerima alasan si dia! Dia berjaya mamperbodohkan aku! Menipu perasaan aku saat itu! Ntah mengapa aku begitu mudah percayakan kata-katanya aku sendiri tidak faham. Mungkin itu lah yang dikatakan apabila 'buta dek cinta'.
Aku mulai bermain dengan kelukaan demi kelukaan... tetapi aku masih setia kepada cintanya, walaupun aku sedar ianya cukup membunuh persaan aku sendiri.
Bodohnya aku kerana terus menanti kehadirannya menemui aku, kerna aku yakin antara aku mahupun dia masih menyimpan perasaan cinta yang benar-benar cinta. Aku masih setia... (bersambung)

No comments: