Saturday, April 30, 2011

puTUs CINTA 2 ,,, (bahagian 3)

Saban hari... hati ku mulai dihiasi bibit-bibit kasih. Tanpa berbicara dengan Kamal... aku merasakan hidupku tidak sempurna. Hebatnya perasaan ku saat itu, dia lah penyemai perasaan kasih yang subur di sanubariku. Dalam hari-hari ku mencuba menyemai kasih bersama kamal, si dia telah datang kembali... menagih cinta dari ku. Aku menerima kehadirannya seadanya, aku tidak lagi memandang hanya kepada seorang kekasih, aku punya rancangan yang tersendiri. Kejamnya aku kepada Kamal saat itu. Mungkin kerna aku pernah melalui peristiwa yang menyakitkan dalam kisah percintaan ku sebelum ini bersama Adam. Aku menjalinkan hubungan cinta bersamanya, namun dalam masa yang sama aku juga sedang menjalinkan kasih bersama Kamal. Aku sedar akan kekejaman aku pada waktu itu. Aku bagai mengkhianati perasaan Kamal. Yang ku tanamkan dalam diri pada ketika itu, cuma satu, JANGAN SESEKALI BERPEGANG DENGAN CINTA YANG BELUM PASTI !!...
Si dia mula menyusun kata-kata cintanya, kata-kata manis sebagaimana yang di lakukan oleh mana-mana lelaki yang cuba memikat hati seseorang wanita. Aku bagaikan tidak berasa bersalah terhadap Kamal, namun begitu aku tetap berhubung dengan Kamal seperti biasa. Aku terus melupakan Adam buat selama-lamanya, kerna itu janji ku pada Kamal. Manakala hubungan antara aku, Kamal dengan si dia berterusan tanpa di syaki oleh Kamal. Sedangkan si dia menyedari hadirnya Kamal dalam hidup aku. Namun si dia tetap ingin mendekati aku dengan keyakinan bahwa hati aku akan jadi miliknya satu hari nanti. Aku sedikit kagum dengan keyakinannya. Tapi aku masih meyakinkan diri aku, bahawa 'sementara' lelaki yang inginkan hati seorang wanita sememangnya memiliki keyakinan seperti itu. Kamal berada jauh di Shah Alam dan itu memudahkan lagi untuk aku terus berhubung dengan si dia. Setiap hujung minggu aku akan bertemu dengannya... sedangkan Kamal hanya aku hubungi melalui panggilan telefon saja. Akhirnya, aku tersepit dia antara KASIH dan juga CINTA. Hati ku berbisik, " Kamal jauh... aku tidak dapat melihat keikhlasannya dengan lebih jelas. Si dia pula ada di depan mata, dekat dengan ku, aku boleh lihat dengan mata kasar ku. apa yang patut aku buat ni ??.." kekeliruan mulai melewati fikiran ku...  
Hati aku mulai merasa bersalah terhadap Kamal. Kamal menyatakan hasratnya untuk kembali ke Kota Kinabalu. Hati ku riang tidak terkata.  
Kami membuat janji untuk bertemu. Tepat pada masa yang aku janjikan dengan Kamal... ini adalah pertemuan kami kali yang kedua. Kami cuma berkesempatan bertemu pada hari terakhirnya di Kota Kinabalu. Masih segar dalam ingatan, Kamal memberikan aku senyuman yang cukup bermakna di sebalik kisah kasih antara kami. Wajahnya juga cukup memberikan ketenangan bagi sesiapa saja yang melihatnya. Kami saling bertanyakan khabar, dan terus berborak di iringi gelak ketawa. Sebenarnya aku cukup gembira dapat bertemu dengannya, dia lelaki yang banyak menyedarkan aku dalam mengenal erti cinta. Sedang aku sibuk berborak dengannya... telefon bimbit ku berdering, nama si dia tertera di hadapan. Aku segera memohon diri. Sebelum beredar... Kamal sempat memberitahu, bahwa aku cukup kelihatan cengkung, aku cuma mampu tersenyum. Jauh di sudut hatinya , dia cukup faham apa yang telah aku lalui. Sakit yang aku rasakan... masih tebal wlaupun lukanya telah sembuh. Kepiluan hati ku saat itu... di pintas oleh Kamal degan memberikan aku sekeping gambarnya untuk di simpan sebagai tanda ingatan andai aku merinduinya. Kamal meminta foto ku sebagai ganti fotonya. Tetapi untuk tidak mengecewakannya, aku berjanji untuk mengirimkan foto ku kepadanya keesokan harinya. Dia tersenyum. Pertemuan hari itu berakhir dengan harapan akan ada penghujung cerita kasih antara kami berdua. Aku terus berlalu pergi... meninggalkannya untuk bertemu degan si dia...(bersambung)

No comments: