Sunday, April 24, 2011

Di aWaL PerTemuAn ,,, (bahagian1)

Di awal pertemuan aku dengan si dia 2001... memang tidak di rancang . Aku bertemu degannya di majlis kenduri doa kesyukuran bapa saudaraku . Di hari itu lah bermula 1 pertemuan yang tidak pernah aku duga. Hati ku terdetik memuji kekacakan yang di milikinya, mungkin kerna sebelum itu aku belum pernah bertemu jejaka sekacaknya. Sudah lumrah hati wanita sebegitu apabila melihat sesuatu yang indah . Tapi kata hati ku , tidak mungkin lelaki sekacaknya perasan akan kewujudan ku pada saat itu. Namun sangkaan ku salah sama sekali. Si dia menghampiri ku dengan senyuman yang terukir di bibir dan cuba untuk besembang . Hati bagai bersorak riang. Aku membetulkan kedudukan... dan cuba memberanikan diri untuk bertanya apa hubungannya dengan bapa sauadaraku . Kerna itu pertama kali aku melihatnya di majlis bapa saudaraku. Dia tidak menghampakan aku, bermula lah sesi suai kenal antara aku dengan si dia.


Selepas dari malam itu.. wajahnya sering kali hadir di benak ku. " ah ! kenapa aku mesti berangan dia akn jadi kekasih aku ?? mana mungkin ".. bisik hati ku.
Bagi ku antara kami bagaikan langit dan bumi, tidak mungkin dia akan tertarik degan aku. Aku terus melupakannya... (redha).


Setelah beberapa tahun (2004) , aku menerima panggilan telefon dari seseorang. Aku tidak menyangka bahwa itu adalah panggilan telefon dari si dia. Dia menghubungi aku setiap hari, aku bagaikan rimas dengan setiap panggilan darinya. Mungkin kerna pada masa itu... hati aku telah di miliki, dan hati aku cuma miliknya seorang. Si dia tidak jemu-jemu menghubungi aku, tidak kira waktu . Masih segar di ingatan, dimana si dia menyatakan hasratnya ingin mengenali aku dengan lebih dekat lagi . Tetapi , aku terlalu berterus terang dengan memberitahunya bahawa aku sudah pun berpunya. Dia bagaikan hampa mendengar pengakuan ku. Setelah itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan daripadanya ,,,,(bersambung)

No comments: