Tuesday, February 7, 2012

cUBa BERTAHAN (bahagian 8)

Si dia mahukan kami terus meneruskan perhubungan cinta. Dia tidak sanggup untuk berpisah. Bersungguh-sungguh si dia meyakinkan aku bahwa cintanya hanya untuk ku.

Hari demi hari tembok tinggi terbina sekeliling cinta & kasih antara kami. Tiada yang dapat menembusi tembok itu. Si dia menatangku bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan ku di penuhinya tanpa sebarang keluhan. Dan jangan tanya aku mengapa aku begitu menyayanginya sepenuh jiwa & ragaku. Sikapnya yang sabar dalam keadaan apa sekalipun membuatkan aku begitu mencintainya. Namun jauh di sudut hati ku sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu. Aku tidak tahu sampai bila si dia akan terus menjalinkan hubungan dengan dua wanita dalam masa yang sama.

Entah mengapa aku mulai bosan dengan sikapnya yang selalu ingin dekat denganku saban hari. Si dia mulai perasan dengan perubahan sikap ku. Aku hanya memberi alasan kesibukan yang melanda ku, syukur dia dapat memahami. Namun aku tidak sedar ketika itu,  sikap ku benar-benar membuatnya kecewa, dalam masa yang sama aku tidak menyedari kedinginan ku juga bagai membiarkannya hanyut dalam cinta Kamila.
Aku tidak menyedari ,,, sebenarnya si dia mulai menjalin kasih bersama Kamila. Sikapnya yang suka menghilangkan diri apabila berlaku pertengkaran antara kami membuatkan aku bingung seorang diri. Sikapnya yang suka melarikan diri daripada masalah juga yang kurang aku senangi. Tapi aku masih mahu meneruskan hubungan bersamanya, walaupu aku menyedari sikapnya begitu.(bersambung)

Friday, January 13, 2012

Sinopsis ,,,

Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yg bernama Ina(bukan nama sebenar) dimana cintanya bersama si Dia lelaki yg di cintainya sepenuh hati terhalang oleh pihak ketiga . Di mana , di awal usia remajanya hatinya pernah di lukai oleh jejaka yg pernah singgah mencuri hatinya iaitu Adam(bukan nama sebenar) . Tetapi cinta itu hanya bertahan sementara setelah Adam melanjutkan pengajiannya ke luar Negeri . Malah Adam menggunakan abang angkatnya Kamal(bukan nama sebanar) sebagai alasan untuk memutuskan hubungan . Kononnya Ina menjalinkan hubungan cinta bersama Kamal , sebagai menutup kecurangannya yg sebenar . Tanpa Ina & Kamal sedari sifat ambil berat antara mereka telah berubah kepada perasaan sayang yg istimewa . Kamal lah tempat Ina mengadu kekacewaannya . Walaupun jarak memisahkan mereka , namun itu bukan menjadi alasan untuk mereka terus mengekalkan perasaan istimewa itu . Cinta yg cuba di pautkan semakin hari semakin berbunga . Namun baik Kamal @pun Ina tidak  berani untuk memutuskan kata sebagai tanda mereka adalah pasangan kekasih . Ina takut perkara lalu yg sama berulang kerana cinta jarak jauh , hanya sabar menanti ucapan cinta dari Kamal . Kamal pula risau untuk memberikan Ina harapan yg palsu , kerana dia sendiri tahu ,,, cinta sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan k.a.s.i.h yg banyak memerlukan pengorbanan .
Hingga lah di suatu hari ,,, si Dia muncul dalam hidup Ina tanpa di rancang .
Mahu kah Ina terus menanti ucapan Aku Cinta Padamu dari bibir mungil Kamal ?

Mampukan Ina menepis cinta yg di buru oleh si Dia daripadanya ?
Dan mampukah Ina mempertahankan cinta hatinya ?

Jooooooooommmm baca ,,, !!! tapi mula dengan bahagian 1 okeyy . paaaaaaaaaaaling bawah .

Masih kah Ada Ruang Kebahagiaan ? ,,,,(bahagian akhir)

Sehingga lah ke hari ini , aku masih menanti kepulangan si dia walaupun aku sendiri tidak pasti penantian ku ni akan berakhir dengan kebahagiaan yang aku harapkan . Perasaan rindu yang dulunya di saluti perasaan benci kini berubah dengan salutan kasih . Aku tidak mahu benci yang dulu memakan diri sendiri . Terlalu banyak cerita yang telah terukir di dalam hidup ini dan akan cuba bertahan selama mana yang aku termampu , insyaAllah . DIA lebih mengatahui perjalanan hidup ku ini , DIA lah juga penentu setiap langkah perjalanan ini .

    Benar kata sahabat ku , aku memiliki sifat kesabaran yang cukup tinggi di mana mampu merobohkan perasaan rindu yang hampir membunuh diri aku sendiri selama ini .
Hampir semua ahli keluarga meminta aku melupakan si dia dan tiada gunanya aku masih menanti kepulangannya . Penantian aku kata mereka hanya lah sia-sia , hanya menyusahkan diri sendiri .
Sampai bila kah aku harus setia dengannya ?? sudah bertahun lamanya si dia meninggalkan aku sendirian , tetapi aku masih mengaharapkan kepulangannya kepangkuan ku...

Sunguuh! aku terlalu rindukannya... terlalu banyak kenangan yang tidak mampu untuk aku kikiskan dalam memory cinta kami , mungkin ini lah takdir cinta kami yang telah tertulis sejak azali lagi .
" Sekiranya cinta masih ada dan seandainya rindu masih setia , izinkan lah aku ya Allah kembali menghiasi hidupnya
, semoga terbukti benih cinta ".


     Sesungguhnya aku sudah tidak mampu lagi untuk membendung rasa kepedihan yang telah lama menebal di dalam diri . Ingin saja aku meleburkannya tapi bagaimana ???...
Ingatan padanya tidak pernah lupa walau sesaat , walaupun di mana aku berada .

Kalau saja aku bisa menuturkan segalanya dengan kata-kata tentang perasaan ini , mungkin telah lama aku bentangkan kepada dunia apa yang aku rasa . Rasa ini sungguh membunuh ku .

      Aku pasrahkan hati dengan ketentuan-Nya dan redha dengan takdir-Nya . Aku sudah tidak mampu untuk melawan ketentuan yang telah di putuskan 'manusia' . Di mana silapnya dalam perhubungan kami aku sendiri tidak pasti , mungkin kah jodoh kami hanya sampai disini , mungkin kah juga cinta kami hanya akan bersatu di akhirat nanti... Allah Taala ada jawabannya . Segala di muka bumi ini adalah rahsia-Nya . DIA lebih mengetahui .
Sendiri lagi dan mungkin kah aku akan terus menyendiri ? sejauh mana kuatnya rasa cinta ini kepadanya ? mampu kah aku terus setia menyintainya?...
Dengan kemas aku mengatur jari dan memohon kepada-Nya...
" Ya Allah... andai ini yang telah Engkau takdirkan untuk hidup ku hamba-Mu yang kerdil lagi hina ini , aku redha . Seandainya aku ini adalah tulang rusuknya , kembalikan la dia kepadaku . tetapi andai sebaliknya... jauh kan lah dia dari ku Ya Allah semoga tidak ada lagi yang terluka , aku merayu kepada-Mu ".

Air mata terus membasahi pipi... terasa perit untuk di kenangkan kembali . Perjalanan hidup masih panjang... walau apa pun yang telah berlaku , aku perlu meneruskan hidup , walaupun tanpa si dia di sisi .
Mampu kah aku meneruskan hidup tanpa cinta seorang LELAKI ???... T.A.M.A.T

     

Tuesday, December 27, 2011

Mengharapkan Kepulangan ,,, (bahagian 22)

Hari demi hari... aku hanya membiarkan diri menanti si dia menghubungi ku semula. Aku hanya mengebalkan ego yang aku sendiri sebenarnya tidak punya kekuatan untuk keegoan itu. Saban hari aku mulai merasakan hati cukup letih menanggung perasaan yang cukup merobek jiwa. Tapi aku masih menggagahkan diri meneruskan kehidupan.

     Sebulan sudah berlalu aku di tinggalkannya... sedang aku lalai melayari laman muka buku, tiba-tiba ku merasakan perut sakit, aku hanya menyangka sakit-sakit biasa yang selalu ku alami kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan. Segera aku berlari ke kamar mandi, aku dapati ada darah yang sedang mengalir dan maish hanya menyangka aku uzur. Tetapi mengikut kiraan aku tidak tepat pada waktu yang sepatutnya. Semalaman aku mengalami sakit perut.  Malam itu agak berlainan sekali. Keesokan harinya aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Ternyata sangkaan aku meleset. Doktor mengesahkan aku mengalami keguguran tahap ke3. Aku tersentak bagai tidak percaya keputusan yang baru aku terima. Aku melangkahkan kaki ... tetapi langkah kaki ku kali itu terlalu lemah, tidak seperti selalu. Perasaan kecewa mulai mengelilingi hati aku.

      Jauh sekali renungan ku... hanya satu wajah yang terus terbayang ketika itu. Aku tidak tahu harus bagaiman lagi untuk aku berteka teki dengan hati. Bagaimana untuk memujuk hati agar bersabar dengan dugaan-Nya. Aku bersendirian... bersendirian manghadapi dugaan-Nya tanpa si dia di sisi. Alangkah baiknya jika si dia ada bersama ku saat itu memberikan kekuatan untuk menerima ketentuan-Nya. Tapi itu terlalu mustahil... si dia telah pergi meninggalkan aku dan membiarkan aku menanggung sendiri keperitan hidup yang telah dia ciptakan untuk aku.
Tidak ada sesiapa yang menemani kesedihan aku kala itu, tangis ku hanya beralaskan pipi, perasaan aku hanya berbantalkan hati... jiwa aku ? jiwa ku nun jauh di sana... jauh di bawa olehnya meninggalkan jasad aku.
" Mampukah aku mengahadapi situasi ini tanpa si dia? dia yang aku harapkan memujuk hati ini... tapi bagaiman? " terlalu sukar untuk aku bentangkan perasaan saat itu. kami telah kehilangan bakal pelengkap hidup yang kami nantikan hampir 2tahun
.

       Dengan berbekalkan hati yang cekal, berdindingkan kesabaran... aku terus melakonkan 'watak' yang di amanahkan-Nya di 'pentas lakonan' ini. Aku perlu kuat untuk mempersembahkan jalan cerita-Nya yang telah di tuliskan-Nya untuk ku. Walaupun watak yang aku pikul ini terlalu berat, namun aku sentiasa mengingatkan diri masih ada watak watak yang lebih berat di luar sana berbanding watak ku.
Aku masih tidak menerima khabar berita dari si dia...  si dia terus menyepikan diri. Sedangkan aku, menanti dan terus menanti... ( bersambung )

Friday, December 16, 2011

Hati Semakin Retak Jiwa Sengsara ,,, (bahagian 21)

Betapa hati aku girang apabila si dia memberitahu dia akan pulang ke Kota Kinabalu untuk jangka masa yg agak lama , kerana terlalu rindukan aku .
Di dalam hati ku mengharapkan kepulangannya kali ini adalah untuk selama lamanya dan tidak akan meninggalkan aku lagi sendirian . Sudah agak terlalu lama kami hidup berjauhan... berkilometer jauhnya perasaan terpaksa kami korbankan semata mata untuk memenuhi kemahuan keluarganya . Aku sdh terlalu banyak mengorbankan perasaan... walaupun sebenarnya perkara itu tidak aku relakan . Semuanya adalah kehendak mereka , tapi tidak aku . Aku terlalu mengharapkan pada saat itu si dia dapat membuat keputusan dengan sewaras warasnya sebagai seorang laki laki dan suami . Aku sudah tidak sanggup lagi untuk berjauhan darinya , aku inginkan hak aku sebagai seorang isteri .

        Aku membuka pintu sebaik saja sampai ke rumah , seperti yg di janjikannya si dia berdiri di hadapan dengan senyumannya yg teramat aku rindukan . Tidak ada yg paling bermakna pada hari itu selain daripada kehadirannya di sisi aku . Aku mendakapnya seolah olah tidak mahu melepaskannya... aku tahu dia juga terlalu rindukan aku . Tetapi , perasaan rindu itu laa juga terpaksa kami korbankan . Hari hari bersama kami , tidak kami sia siakan . Di setiap hujung minggu kami akan berkunjung ke rumah ibu ,,, makan malam bersama mereka . Seperti kebiasaannya si dia tidak suka untuk keluar membeli belah , berjalan jalan di taman seperti insan lain . Sebaliknya si dia lebih selesa menghabiskan masa bersama isteri tercintanya di rumah... si dia akan bermain guitar & menyanyikan lagu lagu kesukaan kami . Si dia sememangnya mempunyai suara yang lunak apabila menyanyikan lagu . Tidak hairan laa mengapa aku tidak jemu jemu mendengar sia dia mendendangkan lagu , malah ada kalanya aku seringkali meminta si dia menghiburkan aku dengan lagu lagu kesukaannya . Kerana bagi ku , setiap lagu kesukaannya akan menjadi kesukaan aku juga .

      Pada suatu masa , aku terfikir untuk meminjam telefon bimbit si dia tetapi si dia memberikan aku alasan kononnya battery lemah dan dia terlupa untuk membawa pengacas telefonnya . Tetapi sedangkan kami memiliki 2pengecas telefon bimbit untuk telefonnya . Aku dapat merasakan si dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku . Sudah hampir 2 minggu si dia berada di rumah , tetapi si dia langsung tidak memperdulikan telefon bimbitnya, dan aku tidak pernah melihat telefon itu berdering apatah lagi di hidupkan , telefon itu sentiasa di matikan . Hingga laa tiba di satu malam , setelah si dia terlena di buai malam... aku cuba menghidupkan telefon bimbitnya dan cuba mengecas telefon itu . Ternyata memang battery telefonnya lemah , namun aku tidak mematikan telefon itu semalaman .
Keesokan paginya si dia menerima pesanan suara daripada ibunya . Si dia memarahi aku karana menghidupkan telefon itu . Pelik mengapa hanya kerana aku menghidupkan telefon bimbit itu si dia memarahi aku ? bermacam macam persoalan mulai bermain di fikiran aku .
Selang beberapa hari selepas itu , si dia seringkali menerima panggilan telefon dari keluarganya di kampung dan setiap kali menerima panggilan telefon juga laa si dia akan cepat naik angin . Ada saja yg tidak kena dengan aku , setiap perkara yangg aku cuba bentangkan juga akn membuat si dia berang . Aku seolah olah tidak berhak bertanya apa sekalipun . Perkara itu berlarutan sehinnga sebulan lebih...
Si dia juga langsung tidak keluar rumah untuk mencari kerja . Aku semakin hairan dengan sikapnya yang semakin hari semakin berubah seiring dengan sikap panas barannya .

      Tiba di satu petang , aku sudah tidak tahan dengan sikapnya yang sering menyakitkan hati aku setiap kali menerima panggilan telefon dari ibunya terutama . Aku bertanyakan kepadanya , bila si dia akan keluar untuk mencari kerja yang lain . Ternyata soalan aku hanya di balas dengan perkataan "entah" . Pertengkaran demi pertengkaran berlanjutan setiap hari... aku sudah semakin tidak tahan dengan sikapnya .
Si dia cuba memujuk aku yang hanya mendiamkan diri dan tidak banyak untuk bercakap apatah lagi bercerita seperti kebiasaannya . Si dia dapat melihat perubahan aku setiap hari . Hati isteri mana yang tidak mudah di pujuk apabila di pujuk oleh si suami . Aku akur dengan kemaafan yang di pohonnya daripada aku setiapkali si dia melakukan kesilapan...
Pagi ahad itu aku kena bekerja... seperti kebiasaannya aku akan memohon restunya sebelum keluar untuk bekerja . Si dia menghantar aku untuk menaiki bas awam untuk sampai ke tempat kerja .
Setibanya di tempat kerja aku melabuhkan punggung di kerusi kayu ku . Aku cuba mencapai tetikus komputer untuk membuka laman muka buku aku . Aku menerima pesanan daripada adik perempuan si dia bertanyakan mengapa telefon bimbit si dia tidak dapat di hubungi dan ada hal penting yang ingin di sampaikannya? aku sedikit hairan sedangkan setahu aku telefon itu sentiasa di hidupkan semenjak dari malam itu . Aku cuba menghubungi si dia dan meminta si dia menghubungi semula adik perempuannya yang berda di kampung , kerana aku risau kalau kalau ada hal yang mustahak .
Selang 20minit selepas itu... aku cuba menghubungi si dia semula , untuk bertanyakan hal yang mustahak itu . Tetapi sebaliknya si dia tidak mahu memberitahu aku . Alasannya tidak ada apa apa yang mustahak , si dia hanya bercakap dengan ibunya . Aku semakin menduga yg si dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada akau . Kami mulai bertengkar. Si dia semakin berang , akhirnya si dia memutuskan talian dan aku gagal untuk menghubunginya semula . Sepanjang hari aku tidak henti henti cuba menghubungi telefon bimbitnya... tidak cukup menghubungi , aku cuba menghantar berpuluh puluh pesanan kepadanya namun semuanya dalam 'sedang menuggu' hingga lah ke petang... (bersambung ,,, )

       

Monday, December 12, 2011

Naluri Seorang IBU ,,, (bahagian 20)

       Hidup terasa sunyi yang teramat. Merindukan insan yang di cintai terlalu sukar. Tetapi aku tidak pernah merasa jemu, itu lah santapan hati ku setiap masa. Aku masih kuat untuk mengahadapinya, syukur. Namun sedang aku menghadapi situasi sebegitu, ada insan yang tetap setia bersama ku tidak kira aku berada jauh mahupun dekat dengannya iaitu ibuku. Seorang wanita yang terlalu menyayangi aku walau dalam keadaan apa sekalipun.

      Ibu  ku bagai dapat merasakan bahwa ankanya dalam kepiluan. Dia bertanyakan mengapa aku & suami sudah lama tidak berkunjung ke rumah. Namun aku memberikan bermacam-macam alasan. Aku tidak mahu mereka mengetahui masalah yang sedang aku hadapi. Aku tahu dia akan lebih risaukan aku setelah apa yang telah terjadi dalam rumah tangga ku sebelum itu. Hati ibu mana yang tidak risau akan anak sendiri? Tetapi dia dapat meneka yang aku sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Ibu telah mengambil keputusan untuk menemani aku di rumah buat sementara waktu kerana risau akan keselamatan aku yang tinggal seorang diri.
Saban hari aku di selubungi kerinduan yang aku sendiri tidak pasti bila akan berakhir. Penantian terus jadi penantian dan ianya cukup menyiksakan. Aku cuma meyakinkan hati walaupun kebenarannya menyakitkan. Aku masih mampu untuk tersenyum dan tertawa di sebalik kepedihan sebenar.
       Tiba lah di satu petang, telefon bimbit ku berbunyi ,,, nombor telefon ibu mertua ku tertera di skrin telefon. Sengaja aku tidak menjawab panggilan itu. Kemudian aku menerima pesanan ringkas dan pesanan itu adalah daripada si dia meminta untuk aku menjawab panggilannya. Hati aku gembira bagai tidak terkata. Di hujung talian terdengar suara yang amat aku rindui, si dia cuba memujuk ku dan meminta aku untuk mendengar penjelasannya terlebih dahulu sebelum menghakiminya. Siapa lah aku untuk menghakiminya?, hati ku terlalu mudah untuk memaafkan setiap perbuatannya yang melukakan hati ku. Mungkin aku terlalu menyayanginya lebih dari diri aku sendiri. Begitu lemahnya aku kepada cintanya. Si dia berjanji akan pulang untuk menemui aku dalam masa yang terdekat.

       Aku tidak sabar untuk menatap wajah kesayangan ku pada hari itu. Kepulangannya memang sudah lama aku nantikan. Tidak sabar rasanya untuk mendakapnya, terlalu lama aku di bendung kerinduan yg mendera perasaan. Belum sempat aku melangkah kan kaki menaiki anak tangga, tangan ku terasa di genggam. Aku cuba menoleh kebelakang si dia berdiri di hadapan aku saat itu, dia memeluk ku erat, mengucup dahi ku. Aku hanya membiarkan si dia di buai perasaannya sendiri. Aku merenungnya tajam, aku cuba mencari cinta dan kasihnya di setiap inci renungannya. Ternyata aku masih menemuinya. Kejujurannya mencintai aku masih terasa.

       Entah mengapa, mahligai yang kami bina terlalu sukar untuk menikmati kebahagiaan, tidak layak kah aku dan si dia untuk merasakan kebahagiaan dari-Nya?
" Ya Allah ,,, beri lah kami kebahagiaan. Jangan lah Engkau biarkan kami terus menderita dalam meniti pentas- Mu ini dan jangan lah Engkau menguji di luar kemampuan kami ya Allah "
Mutiara jernih mulai membasahi pupi ku.

Hubungan kami tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Semakin lama si dia jarang sekali pulang untuk menemui aku, yang pada awalnya setiap hujung minggu bertukar kepada sebulan hanya sekali. Aku sememangnya tidak dapat menerima kehidupan seperti itu, perselisihan sering timbul antara kami. Permintaan ku untuk si dia kembali bekerja di Kota Kinabalu di tolak mentah mentah oleh keluarga si dia. Setiap keputusan dalam hidup si dia mulai di putuskan oleh keluarganya.
Aku hanya mampu bersabar dengan keputusan mereka. Aku tidak berani untuk bersuara menegakkan hak ku sebagai isterinya. Si dia juga bagai tidak mampu untuk menentukan hidupnya sendiri. Hidup ku semakin tertekan, ada suami bagaikan tidak bersuami. Setiap kali menghadiri majlis, seringkalai sahaja saudara mara bertanyakan tentangnya ,,, dan aku terpaksa mencari alasan.
" Adakah keluarga si dia telah merencanakan sesuatu untuk memisahkan kami ??? ,,, "(bersambung ,,, )

Thursday, December 8, 2011

Keadaan semakin Kusut ,,, (bahagian 19)

Tidak mampu untuk aku membayangkan perasaan ketika itu, segala galanya bercelaru ... fikiran, apatah lagi perasaan. Bukan mudah untuk seorang wanita berada di tempat aku saat itu. Hebat sungguh kasih sayang-Nya terhadap ku. Aku tidak menyedari kesan negatif yg bakal terjadi dalam rumah tangga kami akibat keputusan melulu ku itu. 
Aku memberanikan diri ke kampung itu keesokan harinya untuk menyaksikan sendiri pernikahan yang telah aku pinta sendiri daripada bapa saudara wanita itu
. Si dia telah pun aku maklumkan dengan kedatangan ku pada hari itu. Sedang aku dalam perjalanan ... aku menerima pesanan ringkas daripada wanita itu yang berbaur amarah dengan tindakan aku mahukan mereka di satukan. Baginya tidakan aku itu adalah tindakan bodoh sama sekali. Tetapi aku langsung tidak mengendahkan kata katanya.

     Aku tiba di Kudat setelah hampir 2jam 1/2  mengambil masa perjalanan. Untuk sampai ke kampung itu, perlu melalui jalan laut iaitu menggunakan sebuah kapal laut yang telah di khas kan. Belum sempat aku menaiki kapal tersebut, aku menerima panggilan dari si dia meminta aku untuk kembali ke Kota Kinabalu dan membatalkan saja niat ku untuk ke kampung itu
, kerana si dia tidak lagi berada di sana. Dia ternyata berang dengan tindakan aku, katanya aku sengaja menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami. Kami terus bertengkar di hujung talian, belum sempat aku menghabiskan kata-kata, tiba tiba talian terputus. Aku cuba menghubunginya semula tetapi gagal.

        Akhirnya aku akur. Aku sdh terlalu banyak membuang masa kerana terlalu mengikutkan amarah di dada. Aku kembali ke Kota Kinabalu.
Aku cuba mencari semula ketenangan jiwa aku yang sememangnya sudah sebati dengan daerah Kota Kinabalu. Aku biarkan saja perasaan berlari-lari mencari ruang ketenangan. Jiwa ... aku biarkan merangka-rangka menembusi perasan yang sedang mencari ruang ketenangan. Aku yakinkan diri, bahwa jiwa aku mampu untuk menembusi perasaan yang sedang kacau bilau. Biarkan jiwa dan perasaan ku menemui ketenangan itu, insyaAllah ... akan aman lah ia walaupun aku tahu hanya seketika cuma. Aku cuba menghubungi si dia berkali kali tanpa berputus asa, namun tetap gagal .

         Aku merenung jauh ... masih mengenangkan nasib yang menimpa rumah tangga ku. Astaghfirullahalazim ... terucap dari dalam hati. Aku tidak sepatutnya mempersoalkan takdir-Nya. Hati ku tertanya-tanya kemana kah si dia pergi? Adakah mereka bersembunyi? apakah benar mereka menjalin hubungan cinta? tergamak si dia menduakan aku? Keluhan demi keluhan beselang seli dengan persoalan yang belum menemui jawapan.
" Ya Allah ... benar kah apa yang sedang bermain di fikaran ku ini? berbicara lah dengan hati-Mu ini, kerana hanya engkau yang memahaminya. "
Tersedar aku dari bermain perasaan, solat asar belum aku laksanakan. Aku cuba meminta petunjuk dan kekuatan untuk terus berhadapan dengan dugaan-Nya. Hanya pada-Nya lah aku berbicara, mengadu kepedihan dan keperitan menghadapi ujian-Nya. Aku bersyukur, masih diberikan-Nya kesihatan untuk terus mengharungi cobaan demi cobaan hidup.
Hari hari ku hanya menanti kepulangannya ... aku tidak pernah jemu untuk berdoa agar si dia kembali semula kepangkuan ku. Kadang kala aku juga merasa letih, mungkin akibat terlalu banyak memikirkan tentang si dia yang hilang entah ke mana. Aku tidak jemu menantinya, malah aku cuba meyakinkan diri bahwa si dia akan kembali, tidak hari itu tapi mungkin di satu hari yang Allah telah tetapkan ...
 (bersambung ... )